.:: Logo Sekolah ::.

Filed under: by: skseberangjaya

.:: Misi, Visi & Slogan ::.

Filed under: by: skseberangjaya

:: MISI ::

Membimbing anak didik untuk mencapai peningkatan akademik ke tahap yang maksimum

Mencapai kecemerlangan dalam bidang Ko kurikulum

Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk murid dan semua warga sekolah dalam usaha melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan seimbang dalam segi intelek, rohani dan jasmani



:: VISI ::

Kecemerlangan secara berterusan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah



:: SLOGAN ::

Together Towards Excellence

Bersama Ke Arah Kecemerlangan

.:: Sejarah ::.

Filed under: by: skseberangjaya

Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya terletak di tengah-tengah taman perumahan Taman Siakap, Seberang Jaya. Keluasan kawasan sekolah ini ialah 6.3 ekar. Bangunan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya telah siap pembinaannya pada akhir tahun 1982. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1983. Guru Besar yang pertama ialah Tuan Haji Ariffin bin Saad. Pada awal penubuhan, sekolah telah menerima seramai 593 orang murid.

Bilangan bilik darjah ialah 15 buah, terdiri dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sesi pagi sahaja. Guru-guru pula berjumlah 20 orang, manakala pekerja yang bukan guru berjumlah 4 orang iaitu seorang pegawai kerani, seorang buruh am, seorang jaga dan seorang tukang sapu. Pada masa itu terdapat tiga buah bangunan iaitu Blok A, Blok B dan sebuah kantin.

Pada bulan Ogos, 1984 Encik Ab. Samad bin Ibrahim telah menggantikan Tuan Hj. Ariffin sebagai Guru Besar. Bilangan guru pula bertambah menjadi 24 orang dan murid-murid pula berjumlah 829 orang. Bilangan bilik darjah berjumlah 19 buah.  

Dalam tahun 1985 jumlah guru bertambah menjadi 36 orang dan jumlah muridnya meningkat menjadi 1039 orang dengan 24 buah bilik darjah. Dalam tahun ini juga persekolahan dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Dari tahun ke tahun jumlah guru dan murid semakin bertambah. Ini mengakibatkan kekurangan bilik darjah. Disebabkan faktor tersebut, sebuah bangunan baru dibina.

Bangunan baru ini telah siap dibina pada akhir tahun 2002. Bangunan ini mengandungi 2 blok setinggi 4 tingkat iaitu Blok C dan Blok D.

Blok C mengandungi 9 buah bilik darjah, sebuah makmal komputer,sebuah perpustakaan , sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik audio visual dan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling. Blok D pula mengandungi 12 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik seni visual, sebuah bilik muzik , sebuah bilik buku teks, sebuah bengkel kemahiran hidup, sebuah stor PJK serta sebuah kelas prasekolah.

Dalam tahun 2006, sekolah ini mengandungi 30 buah bilik darjah, sebuah kelas prasekolah, sebuah kelas disleksia, 6 buah kelas pendidikan khas serta sebuah kelas pemulihan khas.

Jumlah guru seramai 68 orang dan kakitangan bukan guru seramai 7 orang. Jumlah murid pula seramai 1243 orang melebihi had maksima yang telah ditetapkan oleh JPN iaitu seramai 1190 orang murid.